Make your own free website on Tripod.com
GOVT ENGLISH SCHOOL JASIN
GOVT ENGLISH SCHOOL JASIN
 
 
 
 
 
 
« previous | next »
 
 
Abang Bosa hanya bermula masuk sekolah resmi darjah satu pada Januari 1953, oleh sebab pada Januari 1952 beliau belum lagi sampai 7 tahun. Sekolah pertama ialah sekolah orang putih, Government English School Jasin, yaitu Sekolah Kebangsaan Air Baruk sekarang. Bangunan sekolah satu tingkat sahaja, tapi split level, oleh sebab sekolah ini didirikan dilereng bukit. Sehingga sekarang kedudukkan nya stabil, tak pulak ada hakisan tebing nya. Dan padang nya dihadapan sekolah jauh kebawah. Padang ini digunakan untuk sukan sekolah. Abah ada mendermakan piala kecil untuk pertandingan hari sukan (sports day). Tapi kalau ada sukan antara sekolah (inter school sports) maka Padang Rim digunakan.