Make your own free website on Tripod.com
« August 2017 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
JASIN MELAKA
Wednesday, 2 March 2005
BALAI POLIS KANDANG



Perasaan awal kekecewaan terhadap kemungkinan rumah baru di Melaka ini bukan ditepi laut mula mula terasa ketika driver lori yang membawa kami berpindah dari KL tidak pergi ke Tanjong Kling di Melaka tetapi terus melalui bandar itu mengikut jalan arah ke Muar dan sampai simpang di Kandang bertentangan dengan balai polis membelok ke kiri masuk kejalan menuju Jasin, 18 batu keutara bandar Melaka.

Balai polis adalah institusi penting simbol keselamatan awam ketika dharurat itu. Balai polis Kandang ini menjadi landmark penting menandakan simpang ke Jasin setiap kali kami berulang alik dari Jasin ke Melaka selepas ini. Selalunya akan ada road block di hadapan balai polis Kandang ini.

Posted by Abang Bosa at 5:32 PM
Updated: Wednesday, 2 March 2005 5:39 PM
Post Comment | Permalink
KAWASAN HITAM



Melaka, seperti juga negeri negeri lain di Malaya, di bahagikan kepada kawasan putih dan hitam, mengikut keselamatan nya dari ancaman pengganas komunis.

Jalan dari bandar Melaka ke Jasin kecil, berbelok belok, dengan hutan tebal dan ladang ladang getah kiri kanan. Sesekali kami bertemu pekan kecil sederet kedai seperti Bemban, satu pekan persimpangan menuju Jasin.

Ada road block sebelum dan selepas tiap tiap pekan pekan kecil ini dengan tong minyak tar dan pagar kayu berduri, serta kubu kubu kecil dari guni tanah menempatkan anggota keselamatan dengan senapang bersedia.

Waktu itu ancaman kominis masih panas , waktu dharurat (Emergency). Abang Bosa tak tahu apa ini komunis. Ingat kan askar askar Jepun yang masih belum balik ke Jepun.

Semua yang lalu lalang, terutama bangsa Cina, diperiksa rapi, takut ada membawa senjata atau bekalan makanan seperti beras, tepung, gula yang berlebih lebihan. Ketika itu makanan makanan dicatu (ration) terutama sekali dikawasan kawasan hitam, kebanyakkan nya kawasan kawasan penempatan baru Cina dipinggir pinggir hutan.

Ditepi tepi jalan ada papan papan tanda yang memberitahu seseorang sama ada ia memasukki kawasan hitam atau putih. Di kawasan hitam ada curfew, yaitu tak boleh berjalan jalan keluar masuk dari 6.00 petang hingga 6.00 pagi, kecuali kalau ada curfew pass dari polis. Sesiapa yang melanggar curfew akan ditembak tanpa soal. Kami selalu mendengar nama Chin Peng, tapi Rasyid Maidin tak pernah. Mungkin anak anak waktu itu di ajar komunis jahat ini adalah semuanya Cina.



Posted by Abang Bosa at 5:32 PM
Updated: Thursday, 3 March 2005 11:13 AM
Post Comment | Permalink
THE JASIN MANOR



This is the first view of our house as the lorry that brought us from Kuala Lumpur approached our destination. Pekan Jasin was about a half mile ahead.

All thoughts of despair and sadness from realising that our new house would not be by the sea at all quickly faded as the splendour of Jasin Manor was slowly appreciated. Imagine a whole big double storey bungalow all to our selves. Only after coming near to it did we realise that it was semi detached. Never mind, definitely it is much bigger than the Peel Avenue terrace quarters that we left. Our neighbour was Mr Kandiah, who had a daughter who was already big but still sucking her thumb, by the name of Chelvi.

Later on, as we became familiar with the surrounding area, did we realise that the house we are staying in was among the biggest and grandest in Jasin. It was a pre WWII building meant for British planters who owned the big rubber plantations in the area. And the lawn area was immense, with a drive way and two tiered steps leading up to the entrance. Just like the medieval castles in England. In those days England was reverred. Enid Blyton and The Famous Five contributed a lot to this reverence.

The car you see in the driveway was our first car, the stately Austin Somerset, with the number plate M 4823. The first inkling that we were going to have a car came when Abah brought back home colourful brochures of the car from Borneo Motors, and then started building a zinc walled and roofed garage at the back of our house.

Posted by Abang Bosa at 5:31 PM
Updated: Thursday, 3 March 2005 2:03 PM
Post Comment | Permalink
POI MELAKO




Bandar Melaka terletak sejauh 18 batu dari pekan Jasin. Sejak Abah telah lulus lesen memandu, kami kerap kali ke Melaka pada hujung minggu. Alasan nya untuk membeli buku sekolah, melawat keluarga Pak Ngah Latip dan nenek di Bukit Piatu yang terkenal dengan jeruk binjai nya, atau sebenarnya pergi melawat lawat tempat peranginan dan menonton wayang di sana.

Pada mulanya kami tak rasa mengantok dalam perjalanan jauh itu, oleh sebab banyak pemandangan pokok pokok dan rumah rumah lalu dikiri kanan jalan. Pada mulanya kami memerhatikan batu batu milestone ditepi jalan untuk mengetahui berapa jauh lagi ke Melaka. Selepas itu kami hanya menengok dari pokok pokok besar tertentu dan rumah rumah untuk mengetahui dimana kami berada.

Jikalau kami tertidur kami tahu bila sudah sampai ke Melaka, kerana bunyi enjin kereta akan terdengar echo nya memantul dari rumah rumah batu kedai yang rapat ditepi jalan Banda Hilir. Apabila kami membuka mata kami akan melihat sekolah High School dikanan, dimana Pok Ngah Latip bersekolah, dan laut Selat Melaka dikiri. Tembok Portuguese dengan pintu gerbang nya dihadapan. Sejarah Portuguese dan Belanda kami belum tahu lagi. Laut di Banda Hilir dari jauh nampak bersinar sinar mengerlit dalam panahan matahari dan nampak sampan sampan kecil berulang alik ke kapal kapal besar di pertengahan laut. Abah kata pemandangan ini macam dokek Aden. Kami pun mula lah imagine, tak tahu mana Aden ini.

Padang Banda Hilir waktu itu jauh lebih besar dari padang sekarang. Mungkin waktu itu kami kocik dan pendek, jadi semua nampak besar, atau mungkin sekarang ini banyak bangunan disekeliling padang ini.

Untuk mandi manda laut bukan disini tempatnya, tapi di Pantai Klebang di Tranquerah dan yang famous sekali di Tanjung Kling, dimana kami kunjungi tiap tiap tahun pada Pesta Safar. Pesta Safar di adakan besar besaran di pantai Tanjung Kling. Banyak kereta lembu berhias berderet deret ada di situ. Banyak juga gerai makanan dan minuman. Ada juga persembahan dondang sayang dan ronggeng waktu malam.

Posted by Abang Bosa at 5:31 PM
Updated: Saturday, 5 March 2005 11:54 AM
Post Comment | Permalink
PEKAN JASIN
Pekan Jasin terletak 1/2 batu dari Jasin Manor. Sebelum ada basikal Abang Bosa ulang alik jalan kaki sahaja.

Sebelum ada peti ais, lauk sayur dibeli hari hari dari penjaja ikan dan sayur yang datang ke rumah. Pada hari tak sekolah Omak suruh Abang Bosa ke pasar dipekan Jasin. Selalunya kalau pandai berbelanja, duit 3 ringgit yang dibekalkan masih ada lagi tinggal 20-30 sen selepas membeli ikan kembong 0.50 sen untuk 5 ekor, daging 0.50 sen setengah kati, sayur terung atau bayam atau kangkung 20 sen seikat, togeh dan tahu dan daun su'un untuk buat gulai lemak putih. Selalunya Omak tak tanya pun berapa duit lebih.

Maka duit lebih ini lah memainkan peranan amat penting dalam belanjawan Abang Bosa. Pada pagi Sabtu selalunya Abang Bosa lah kepasar oleh sebab Omak sudah confident dengan nya membeli banyak lauk dengan cukup ekonomi sekali. Selepas beberapa bulan sudah boleh kumpul 3-4 ringgit. Ini Abang Bosa gunakan untuk membeli kereta atau kapal terbang mainan pakai kunci di kedai Manan. Tiap tiap kali ke pasar Abang Bosa akan lalu di kedai Manan ini untuk menengok mainan mainan yang baru sampai, dan kalau ada yang berkenan menempah nya terus. Manan akan book mainan ini sehingga duit Abang Bosa cukup untuk membeli nya.

Pada hari Ahad barulah semuanya turun kebandar dengan kereta membeli barang barang kering seperti beras, gula, garam, biskut, susu dikedai Ibrahim yang rupa rupanya juga menjual piring hitam 78 rpm. Maka bermula lah kembali Omak membeli rekod rekod lagu kesukaan nya. Tradisi penggunaan buku 3 lima di teruskan di kedai barangan ini.


Posted by Abang Bosa at 5:30 PM
Updated: Tuesday, 8 March 2005 11:26 AM
Post Comment | Permalink
SEKOLAH G.E.S JASIN



Sekolah Kebangsaan Air Barok ini dahulunya Government English School Jasin, sekolah orang puteh yang pertama di Jasin Melaka. Sebutan yang terpakai ketika itu ialah "Sekolah Gomen Jasin". Apa apa juga yang 'Gomen' waktu itu ialah orang putih.

Abang Bosa hanya bermula masuk sekolah resmi darjah satu pada Januari 1953, oleh sebab pada Januari 1952 beliau belum lagi sampai 7 tahun.

Bangunan sekolah satu tingkat sahaja, tapi split level, oleh sebab sekolah ini didirikan dilereng bukit. Sehingga sekarang kedudukkan nya stabil, tak pulak ada hakisan tebing nya. Dan padang nya dihadapan sekolah jauh kebawah. Padang ini digunakan untuk sukan sekolah. Abah ada mendermakan piala kecil untuk pertandingan hari sukan (sports day).

Banyak peristiwa memorable masih lagi dalam ingatan semasa belajar di Sekolah GES Jasin ini. Satu dari nya ialah ekspedisi sekolah naik bas pergi Melaka pada tahun 1953 untuk menonton 'The Conquest of Everest', yaitu filem pendakian Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tensing. Britain memang sungguh megah dengan pencapaian Sir Edmund Hillary ini, walau pun beliau bangsa New Zealand. Abang Bosa tak tahu sebenarnya dimana itu Gunung Everest. Mula mula filem itu menunjukkan orang putih, kemudian ramai pula bangsa India, confused....

Posted by Abang Bosa at 5:29 PM
Updated: Wednesday, 16 March 2005 1:58 PM
Post Comment | Permalink
PAN PER AGIKACHAR




Satu Agriculture Fun Fair telah di adakan di pekan Jasin pada tahun 1955. Fun Fair ini adalah precursor pertunjukan MAHA yang telah di mulakan sejak zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri dahulu.

Pertunjukan yang telah mengubah konsep hidup Abang Bosa ialah pameran miniature Pejabat Penerangan tayangan filem Robin Hood dengan bintang Errol Flynn. Projector Bell&Howell dengan filem 16mm di sorokkan di belakang dinding menunjukkan seolah olah pancaran di buat dari belakang Land Rover mainan Jabatan Penerangan. Screen nya kecil sahaja di pacakkan atas tanah liat. Dan patong patong tanah liat penonton di letakkan di hadapan screen itu. Memang sungguh hidup pameran miniature ini. Sejak itu Abang Bosa berazam mempelajari mengenai 'Light' dalam ilmu Physics sehingga beliau berjaya membuat projector sendiri semasa duduk di Kangar Perlis. Sila ikuti di "Perlis Years".

Posted by Abang Bosa at 5:29 PM
Updated: Friday, 11 March 2005 11:32 AM
Post Comment | Permalink
Tuesday, 1 March 2005
NAIK HAJI
Menghantar Pak Lang Salleh ke Makkah 1955



Pada tahun 1955, Tok Chek Abu Somah dan Pak Lang Salleh serta Bondanya telah berangkat ke Makkah naik kapal dari Singapura. Satu rombongan besar dari Rembau Negeri Sembilan bertemu di Keppel Harbour Singapura dengan rombongan dari Jasin Melaka.


Posted by Abang Bosa at 6:06 PM
Updated: Saturday, 12 March 2005 4:46 PM
Post Comment | Permalink
CORONATION QUEEN ELIZABETH 11
Tahun 1955 juga telah menyaksikan sambutan Coronation Queen Elizabeth 11 di pekan Jasin. Pintu gerbang pintu gerbang telah di naikkan di jalan jalan pekan Jasin yang di hiasi gambar Queen Elizabeth dan Prince Phillip serta model Crown di atas tiap tiap pintu gerbang. Pada malam hari lampu lampu hiasan di pintu gerbang menerangi pekan Jasin. Juga telah di adakan perarakkan kereta berhias pada malam hari. Pada waktu yang sama satu persembahan perarakkan naga berlampu telah di adakan di laut berhadapan Banda Hilir Melaka.

Abang Bosa yang masih baru lagi mengenali bahasa English belum lagi fasih sepenuh nya sarikata lagu English Anthem. Semasa berdiri di hadapan bendera Union Jack di sekolah, beginilah lebih kurang lagu Anthem ini:

"God Save Our Gracious Queen, Long Live Our Noble King, God Save The Queen.
xxxxx xxx Victorious, xxxx xxxx Glorious, Long To Reign Over Us,
God Save The Queen".

Posted by Abang Bosa at 6:05 PM
Updated: Saturday, 12 March 2005 5:17 PM
Post Comment | Permalink
PENGISHTIHARAN KEMERDEKAAN
BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:05 PM
Updated: Saturday, 12 March 2005 5:23 PM
Post Comment | Permalink
BERPINDAH KE KELANTAN
BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:04 PM
Updated: Saturday, 12 March 2005 5:21 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:04 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:03 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:03 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:02 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:02 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:01 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:01 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 6:00 PM
Post Comment | Permalink

BLOG

Posted by Abang Bosa at 5:59 PM
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older