Make your own free website on Tripod.com
THE JASIN MANOR
THE JASIN MANOR
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
« previous | next »
 
 
The Manor as it is today. Rumah dua tingkat berkembar (semiD - bukan istillah dulu), tinggi dari paras jalan, mempunyai laman berumput yang sungguh besar, ada garden dan tangga bertingkat dihadapan nya. Macam istana pulak. Dibelakang nya ada bukit tinggi dengan takungan air (reservoir) PWD diatasnya. Sehingga kami pindah ke Kelantan, hasrat terpendam Abang Bosa hendak mendaki bukit ini dan memanjat reservoir ini untuk menengok air didalamnya tidak tercapai. Ada tiga batang pokok besar dengan dahan dahannya senang dipanjat dihalaman depan rumah, dan ada longkang besar yang lalu dibawah nya. Apabila hujan lebat longkang ini penuh air deras mengalir, maka dipuncak keseronokkan lah budak budak terjun dari pokok telanjang bulat kedalam air ini. Sungguh nikmat rasanya. Lepas itu lintang pukang lah lari dikejar penyapu lidi oleh sebab tidak mendengar kata jangan main dalam longkang besar ketika hari hujan dan air nya deras dalam ini. Dan ada pula lah yang busuk hati menghasut Omak untuk memberitahu Abah supaya 'mangsa mangsa' ini joran dan padan muko.